assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan sekalian. patik sedar sudah sekian lama Sang Blogger ini tidak dikemaskinikan oleh patik. bukannya niat patik untuk menghilangkan diri tanpa berita. akan tetapi, sikap dan tingkah-laku Sang Blogger ini yang semakin hari semakin menyakitkan hati patik, telah menyebabkan patik rasa tersinggung diperlakukan bergini. patik amat murka dan terkilan sekali. bak kata pepatah, manisan yang diberi, racun pula yang dibalas. adakalanya, seperti ingin sahaja patik habiskan riwayat Sang Blogger yang mengecewakan ini. namun apakan dayanya, patik juga seorang insan biasa yang mempunyai hati perut dan belas ikhsan.
nasihat patik untuk Sang Blogger, "wahai teman seperjuanganku, tidak ku sangka dikau tergamak mengkhianatiku. usahlah dikau terus-menerus dengan sikap mu yang angkuh ini. pulang lah ke pangkal jalan. amat pahit untuk ku meneruskan sisa-sisa kehidupan seharian ku tanpa mu disisi. walau apa pun jua yang telah kau perlakukan aku, ku tetap menunggu kepulangan mu dengan hati yang terbuka. akan ku kenang mu selalu di dalam doaku..."